Tips-tips Mengatasi Rasa Malas.


Kemalasan dilihat sebagai satu fenomena yang sering terjadi pada manusia. Haiwan? Tumbuhan-tumbuhan? Tidak pernah pula makhluk Tuhan ini kita lihat kejadian malas berlaku pada mereka. Mengapa kita? Kerana kita punya nafsu. Tetapi Tuhan itu Maha Pengasih, Dia tidak berlaku zalim pada hamba-hamba-Nya. Oleh itu Dia telah menciptakan nafsu seiring dengan adanya akal. Akal yang boleh memimpin nafsu.

Malas boleh kita hindari ketika ia datang menyerang kemahuan dan semangat kita, di bawah ini ada beberapa tips antaranya:

Membasuh muka atau mandi ketika rasa mengantuk menyerang.

Mengubah posisi duduk ketika membaca. Misalnya dari duduk berubah menjadi berdiri, namun disarankan jangan dari duduk terus berbaring kerana ia boleh membawa kepada tidur.

Berpindah dari ruang baca ke ruang yang lain. Kalau kita berada di dalam bilik, berpindah dari bilik kita ke beranda, ruang tamu atau boleh juga ke dapur.

Menghirup udara yang segar dengan cara berdiri di tepi tingkap atau membuka tingkap yang terdapat di bilik lain untuk menambah kesegaran. Kita boleh juga memberikan bau aroma terapi kepada ruang tempat kita berada, misalnya dengan menyembur ruangan dengan wangi-wangian dan jika ada kipas angin, kita boleh menyembur pada kipas untuk menyebarkan wangi-wangian tersebut ke segala ruang. Ini kerana mungkin tidak semua ruang tempat kita berada mempuyai tingkap untuk pengudaraan.

Berjalan-jalan sebentar di sekeliling rumah. Boleh diganti dengan kegiatan yang lain misalnya merapikan rak yang berselerak, atau kegiatan yang lain yang boleh menggerakkan otot-otot kita.

Berbincang-bincang sebentar dengan keluarga atau kawan-kawan namun mengenai hal yang baik bukan hal yang buruk. Hati-hati jangan sampai lupa tujuan utama dalam berbincang-bincang iaitu untuk menumbuhkan semangat, bukan untuk berbicara hal-hal yang melalaikan bahkan juga mengumpat!

Berdiri membuat kopi, teh, susu atau juice untuk menghilangkan kebosanan dan menjernihkan akal.

Mengubah kegiatan kebiasaan kita. Contohnya jika bosan menghafal surat, boleh gantikan dengan membaca, jika membaca pula bosan boleh diganti dengan mendengarkan CD.


Terima kasih kerana sudi membaca :)

Apa Itu Kaunseling?


Kaunseling ialah satu perkhidmatan profesional yang diberikan kepada klien oleh seorang kaunselor. Kaunseling juga merupakan satu proses interaksi dua hala antara kaunselor dan klien untuk memahami situasi yang dihadapinya dan dapat membantu diri individu tersebut membuat tindakan yang sewajarnya.
1. Kaunselor
Kaunselor merupakan seorang yang terlatih dalam bidang psikologi kaunseling yang boleh membantu anda dalam menguruskan masalah dengan lebih efektif.
2. Tujuan kaunseling
a. menolong mengubah tingkahlaku individu
b. meningkatkan kemahiran individu mengendalikan kehidupan sendiri
c. meningkatkan kemahiran individu membuat keputusan pada saat-saat penting
d. memperbaiki hubungan individu dengan ahli masyarakat
e. membantu perkembangan bakat klien
3. Matlamat kaunseling
Kaunseling bermatlamat supaya individu itu dapat mengenali diri dan berfungsi dengan lebih produktif, elektif dan berkemampuan mengendalikan hidupnya dengan sempurna.

Terima kasih kerana sudi membaca :)

Pengenalan.


Selamat Datang. Blog ini telah dibina pada 27 September 2011 untuk Pertandingan Membina Blog 1 Blog, 1 Sekolah.
Untuk melihat paparan terbaik, sila guna pelayar Google Chrome.
Harap maklum, terima kasih.
Selamat Membaca :)

Terima kasih kerana sudi membaca :)

Maklumat Sekolah.


Piagam Pelanggan :

Memastikan pelajar berpeluang menerima pendidikan bermutu dan mampu mencapai kecemerlangan akademik.
Membentuk potensi, bakat dan kemahiran pelajar melalui kegiatan kokurikulum.
Memastikan dapat menerap serta membentuk pelajar berdisiplin melalui penerapan dan amalan nilai-nilai murni.
Memastikan peningkatan prestasi pencapaian akademik pelajar dalam semua peperiksaan.
Mewujudkan budaya sekolah yang kondusif sesuai sebagai tempat bertugas dan berlangsungnya proses pengajaran dan pembelajaran.
Mempraktikkan sistem dan prosedur pengurusan sekolah yang cekap, tepat dan berkesan.
Bekerjasama dengan ibubapa, agensi-agensi luar serta komuniti setempat dengan mewujudkan pemuafakatan bagi penyelesaian  masalah bersama.
Menerima pandangan yang membina daripada semua pihak demi mempertingkatkan prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan akademik.

Cabaran SMKDDS

Demi mencapai misi dan visi, SMK Dato Dol Said iaitu untuk menggarap kecemerlangan dalam bidang akedemik, kemahiran, disiplin dan amalan nilai-nilai murni, maka segala usaha akan ditumpukan kepada sembilan cabaran berikut :

Cabaran I: Menjadikan SMKDDS sebagai sebuah sekolah berkesan dalam meningkatkan individu seiring dengan Falsafah Pendidikan Negara.

Cabaran II: Membangunkan pengurusan sekolah ke tahap yand diiktiraf sebagai model pengurusan sekolah berkesan dan berkualiti Kementerian Pendidikan Malaysia.

Cabaran III: Melahirkan warga pelajar bukan sahaja berilmu tetapi berkemahiran dalam mengaplikasikan teknologi maklumat serta mampu membangunkan kesejahteraan diri dan masyarakat.

Cabaran IV: Mewujudkan mekanisme yang mampu menggerakkan pembangunan organisasi melalui aspek perpaduan, sekolah penyayang,gaya pengurusan dan kepimpinan yang telus berteraskan kecemerlangan kualiti.
Cabaran V: Menjadikan SMKDDS sekolah dalam taman yang indah, bersih dan menyegarkan


Rukun Sekolah :

Berpegang teguh kepada ajaran agama
Berbudi bahasa dan berdispilin
Hormat kepada guru dan rakan
Ikhlas, jujur dan amanah
Menjaga imej dan harta sekolah
Menepati dan menghargai masa
Sentiasa berusaha dan bekerjasama
Bersemangat dalam akademik dan kokurikulum

Logo Sekolah :


Maksud warna dan simbol pada logo:

Biru: Melambangkan keharmonian dan kesajahteraan dalam suasana pendidikan moden.
Merah: Melambangkan kegigihan dan semangat ingin mencuba sesuatu yang baru menerima teknologi berkomputer.
Kuning: Melambangkan martabat ilmu dan pendidikan berada di tempat yang paling tinggi dalam diri setiap individu.
Hijau: Melambangkan budaya baru yang segar dalam sistem pendidikan dan mudah diterima oleh semua lapisan masyarakat.

Rekabentuk lambang direka dari dua gabungan bentuk: iaitu sebuah komputer yang telah distailkan dan litar bersepadu.Garisan yang menghubungkan bulatan kecil dengan bulatan besar berdasarkan konsep litar bersepadu yang terdapat dalam setiap alat elektronik. Simbol manusia dalam skrin monitor melambangkan pelajar, tenaga pengajar dan kakitangan sekolah dalam ruang lingkup pendidikan canggih, bertepatan dengan status Sekolah Bestari.

Bendera Sekolah :

Bendera sekolah berbentuk empat segi tepat yang terbentuk daripada dua segi tiga bersudut tepat yang berwarna coklat dan kuning cerah. Kedua segi tiga itu digabungkan bagi membentuk sebuah segi empat tepat dengan lencana sekolah berada di tengah-tengahnya.

Gabungan warna coklat dan kuning cerah melambangkan keserasian di antara alam kejadian manusia dari bumi ( tanah ), kestabilan emosi dan perlakuan, ketertiban di dalam menguruskan kehidupan dan kepatuhan kepada adat resam. Warna kuning cerah pula melambangkan kebolehan daya intelek warga sekolah yang tinggi, suasana persekitaran yang segar dan keriangan dalam melalui kehidupan persekolahan.

Bentuk segi tiga bermaksud kekuatan dan ketepatan dalam tindakan. Dua segi tiga yang bergabung membentuk segi empat membawa maksud tindakan yang bersepadu dan berhemah di dalam semua aspek pengurusan, pengajaran dan pembelajaran serta kokurikulum. Semua tanggungjawab dilaksanakan dengan jujur dan ikhlas bagi membentuk komuniti yang bersatu di dalam masyarakat yang mempunyai batas-batas tatasusila.


Lagu Sekolah :

Kamilah pelajar Sekolah Bestari
Bersatu bermesra tuntut ilmu diberi
Kamilah pelajar sekolah yang indah
Berusaha bermesra mencapai cita jaya

Hidup mestilah berjuang
Cogan kata dipegang
Jadikan suluh penerang
Dalam semua bidang

Sekolah Dato’ Dol Said nama diberi
Berjasa berbakti
Semuga kekal abadi


Terima kasih kerana sudi membaca :)